SK Jengka 17 telah diasaskan pada tahun 1977 serentak dengan pembukaan tanah rancangan ini kepada masyarakat umum pada tahun yang sama.
Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah ini tidak mempunyai bangunan khas. Oleh yang demikian, pihak pengurusan FELDA telah menyediakan dua buah rumah peneroka untuk dijadikan kelas dengan jumlah murid seramai 60 orang manakala bilangan guru adalah 6 orang.
Pada tahun 1979, blok bangunan utama sekolah telah siap sepenuhnya dan dengan itu pihak sekolah telah berpindah ke kawasan yang mempunyai keluasan 8.3ekar.
Memandangkan pertambahan murid dari masa ke semasa, Kementerian Pelajaran telah meluluskan peruntukan untuk menambah 2 blok bangunan sekolah pada tahun 1985.
Bermula tahun 2003, 2 blok bangunan tiga tingkat siap dibina dan mula digunakan sepenuhnya oleh warga SKJ17.
Januari 2009, Sek. Keb. LKTP Jengka 17 telah menubuhkan Kelas Pendidikan Khas selaras dengan seruan kerajaan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi permulaan murid-murid yang telah mendaftar adalah seramai 5 orang dan sekolah telah menerima 3 orang guru baru dan berpengalaman.
Ketika ini, sekolah ini mempunyai 17 buah bilik darjah dan telah dilengkapi dengan pejabat, bilik tayang (bilik media), bilik sumber, bilik alatan, bilik muzik, bilik kemahiran hidup, bilik j-qaf, bilik pendidikan khas, bilik gerakan, bilik PPDA, bilik pemulihan,, bilik sains, bilik kesihatan dan surau. Hingga April 2009, jumlah murid sekolah ini adalah seramai 202 orang dan tenaga pengajarnya adalah seramai 25 orang.