Thursday, April 8, 2010

Pedoman Kehidupan

4 perkara – hanya dengan redha Allah

Empat perkara yang tidak dapat diraih kecuali dengan keredhaan Allah s.w.t:

  1. Banyak bersikap diam
  2. Merendahkan hati (tawadhu’)
  3. Banyak berzikir kepada Allah
  4. Kesederhanaan dalam segala hal.

Fadilat Jumaat

Kata Imam Ghazali rah.a…

Dalam Al-Ihya menulis: Dalam diri manusia terdapat 4 sifat:

  1. sabiyah (kebuasan)
  2. bahimiyah (kebinatangan)
  3. Syaithaniyah (kesyaitanan)
  4. Rabbaniyah (ketuhanan)

Jika sifat rabbaniyahnya berhasil mengalahkan dan mengendalikan ketiga sifat yang lain, maka akan timbul sifat-sifat yang baik seperti:

  • menjaga kehormatan diri (iffah)
  • cukup dengan apa yang ada (qanaah)
  • tenang
  • zuhud
  • wara’
  • takwa
  • malu
  • jujur
  • berani
  • dermawan
  • sabar
  • suka menolong
  • tahan menderita
  • suka memaafkan
  • teguh pendirian
  • mulia
  • pandai
  • selalu ceria (senyum)

dan sebagainya.

Thursday, March 4, 2010

NAIB JOHAN BOLA JARING

Tahniah......Pasukan bola jaring telah berjaya mendapat naib johan.

Monday, April 27, 2009

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.


Saya merakamkan selamat datang kepada semua pelawat kerana mengunjungi blog PSS Sk jengka 17.
Saya amat berharap blog ini dapat membantu dan memberi informasi yangberguna kepada warga pendidik, pelajar dan masyarakat umum di Kelompok Jengka. Kini, informasi dan ilmu amat penting kepada kita, dunia yang serba mencabar ini memerlukan insan yang penuh ketrampilan serta bergerak seiring dengan perkembangan di dunia yang berlaku dengan pantas ; Oleh itu informasi dan ilmu adalah penting untuk kita terus berada dalam arus perdana. Blog ini diharap dijadikan wadah terbaik untuk menyalurkan informasi yang terkini tentang pendidikan dan pembelajaran di peringkat sekolah,tempatan, nasional mahupun global kepada warga Kelompok Jengka.
Saya berharap blog ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan lagi budaya ilmu dan mencambahkan lagi minat membaca dan budaya ilmu di kalangan warga SK Jengka 17.